KEMAMAN - Sebuah kedai makan di daerah ini yang popular dengan menu nasi ayam dan rojak ayamnya diarah tutup serta-merta kerana tahap kebersihan tidak capai standard ditetapkan.
Pemeriksaan mengejut dilakukan Pejabat Kesihatan Kemaman ke atas premis yang sentiasa dipenuhi pelanggan itu selepas menerima aduan awam.
Operasi diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Kanan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kemaman, Zulkifli Yusof itu mendapati tahap kebersihan premis yang dibuka dari pagi hingga malam setiap hari itu tidak mencapai standard ditetapkan.
Pegawai Kesihatan Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya mendapati peti sejuk tidak diselenggara dengan baik, kotor serta bahan mentah dan yang telah masak diletak bersama dalam keadaan suhu yang tidak mencukupi.
"Selain itu, bahagian dapur premis itu juga sangat kotor, perangkap minyak tidak diselenggara serta didapati ada urungan lipas dan tikus di situ.
"Premis ini juga turut dikenakan 2 notis kesalahan di bawah peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana pekerjanya tiada suntikan anti typhoid dan sijil latihan pengendali makanan serta gagal mematuhi arahan peraturan pemakaian pengendali makanan," katanya.
Mohd Anuar berkata, premis itu ditutup selama tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan lain-lain tindakan pembetulan.
Tambah beliau, pihaknya memandang serius premis yang kotor kerana ia boleh menimbulkan kejadian keracunan makanan.
Menurutnya, sebanyak 16 premis makanan telah ditutup kerana kotor dan tidak mencapai standard ditetapkan sepanjang tahun ini.
Susulan itu, beliau menyasarkan premis makanan di daerah ini dapat ditingkatkan tahap kebersihan di mana setakat ini terdapat sebanyak 595 premis mendapat gred A daripada 1,118 premis makanan berdaftar.
Kata Mohd Anuar lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi mewujudkan zon premis A tambahan pada tahun hadapan yang mana zon premis A sedia ada sekarang telah diwujudkan sejak 2016 di Taman Chukai Utama.
"Kita beri peringatan kepada semua pengusaha kedai makan agar sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan peraturan yang ditetapkan dalam penyediaan dan penjualan makanan.
"Pemeriksaan secara berterusan akan dijalankan terhadap semua premis bagi memastikan semua premis makanan di Kemaman mempunyai tahap kebersihan terbaik," katanya.