SHAH ALAM - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Puchong Indah yang beroperasi selama enam minggu ditutup sepenuhnya pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, PPV yang mula beroperasi pada 26 Julai lalu berjaya memberi suntikan vaksin sebanyak 51,834 dos.
Iklan
Iklan
"Seramai 25,190 individu menerima dos pertama manakala 26,644 individu pula menerima dos kedua," katanya menerusi status di Facebook beliau pada Selasa.
Sze Han yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam berkata, lebih ramai rakyat mendapat vaksinasi menjadi langkah besar untuk menuju imuniti kelompok.
Kata beliau, pelbagai usaha dilakukan oleh pasukan DAP Kinrara termasuk membuat hebahan melalui sosial media dan pintu ke pintu (rumah) bagi menggalakkan lebih ramai warga tempatan termasuk warga asing di Puchong untuk menerima suntikan vaksin.
"Vaksin langkah terbaik bagi mencegah penularan Covid 19. Kepada sesiapa yang belum menerima vaksin, kunjungi mana-mana PPV yang masih buka untuk suntikan vaksin," katanya.