PENGENDALI Jerman, Hansi Flick lega apabila penyerang Kai Havertz sudah pun kembali menjalani latihan menjelang aksi kelayakanPiala Dunia 2022 berdepan Iceland, di Stadium Laugardalsvöllur, pada Khamis.
Menurut Flick, biarpun Havertz tidak menjalani latihan di padang, tetapi dia telah selain mengikuti sesi latihan di gimnasium bersama rakan-rakan sepasukan.
Justeru Flick berkata, sekiranya Havertz dilaporkan cergas, besar kemungkinan pemain berusia 22 tahun itu akan diturunkan untuk berdepan Iceland.
"Setakat ini Havertz kini sudah pun menjalani latihan ringan temasuk latihan menaiki basikal biarpun masih belum berlatih dipadang.
"Selain itu kita juga gembira apabila permain pertahanan kanan kita, Robin Gosens juga sudahpulihdaripadakecederaan kaki yang dialaminya.
"Apa pun, kita sememangnya berhasrat untuk membawa semua pemain ke Iceland dan jika Havertz benar-benar cergas, kita mungkin akan dapat menurunkan barisan terbaik kita untuk perlawanan itu nanti,” katanya.
Untuk rekod, Havertz tidak diturunkan ketika skuad Die Mannschaft itu membelasah Armenia 6-0 pada aksi kelayakan Kumpulan J, pada Isnin.
Kemenangan itu menyaksikan Jerman terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan J dengan 12 mata daripada lima perlawanan setakat ini.
Mengulas mengenai kemenangan besar berkenaan Flick berkata, ia diharap dapat memberikan semangat tambahan kepada skuad kendaliannya itu untuk meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan Iceland.
"Kita mahu mencapai dua objektif ketika menentang Iceland nanti iaitu untuk menang dan seterusnya mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan,” katanya.