Syarikat, individu langgar SOP dikompaun RM360,000

Iklan
Adnan (kiri) menunjukkan kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual disalah sebuah farmasi dengan harga yang berpatutan semasa melakukan tinjauan di KB Mall, Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah menawarkan kompaun berjumlah RM360,000 kepada syarikat dan individu di negeri ini yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, kompaun itu dikeluarkan sejak Mac 2020 sehingga Isnin membabitkan 63 kompaun dengan 20 daripadanya melibatkan individu dan selebihnya adalah syarikat.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, sepanjang tempoh itu sebanyak 19,022 premis telah diperiksa bagi memastikan SOP terus dipatuhi dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan dan pemeriksaan harga kit ujian kendiri Covid-19 di KB Mall pada Selasa.

Beliau turut menjalankan Ops Samar bagi meninjau aspek pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat terus dipatuhi dengan sebaik mungkin bagi mencegah rantaian pandemik Covid-19.

Iklan

Menurutnya, kompaun itu dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam pada itu, Adnan berkata, KPDNHEP Kelantan akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Iklan

Mengulas mengenai Ops Samar, Adnan berkata, KPDNHEP Kelantan telah menghasilkan tiga kes melibatkan perlanggaran SOP dalam kalangan masyarakat sejak ia bermula pada 18 Ogos lalu.

Katanya, dua daripada kes itu membabitkan individu yang gagal memakai pelitup separuh muka sebagaimana yang diarahkan kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 manakala satu lagi melibatkan alat penyukat suhu

"Menerusi Ops Samar ini, anggota kita (KPDNHEP) akan berpakaian seperti orang biasa dan membuat pemantauan berkait dengan pematuhan SOP.

"Jika dikesan perlanggaran berlaku, kita akan ambil tindakan ke atas pelaku bagi mendidik mereka supaya kekal patuh kepada SOP yang kini menjadi normal baharu di Malaysia," katanya.