KEMAMAN - Taktik peniaga kedai runcit dan pemborong menyorokkan bekalan rokok murah di rumah untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa berjaya dibongkar pada Ops Kedai Runcit yang diadakan di daerah ini selama 2 hari.
Dalam operasi khas Kementerian Kesihatan (KKM) itu, sembilan peniaga dan pemborong terkantoi dengan 8 daripadanya dikenakan kompaun berjumlah RM4,000 manakala satu kes lagi dibawa ke mahkamah.
Taktik licik kesemua peniaga dan pemborong itu dikesan hasil risikan awal dan penyamaran dibuat pegawai risikan Ibu Pejabat Cawangan Inspektorat dan Perundangan KKM yang membantu 14 anggota penguat kuasa Pejabat Kesihatan Kemaman menjalankan operasi itu.
Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, pegawai risikan itu membuat penyamaran dengan membeli rokok dan mengesan tempat simpanan di premis terlibat.
Menurutnya, peniaga menyorokkan bekalan rokok serta tidak dipamer untuk jualan, malah sebahagian besar pembekal utama didapati menyimpan stok bekalan itu di tempat tersorok termasuk disimpan di rumah mereka.
Katanya, operasi itu memeriksa sebanyak 11 buah premis di sekitar bandar Chukai dan kawasan Kerteh.
"Sebanyak 9 notis kesalahan dikeluarkan dengan 8 notis dikenakan kompaun berjumlah RM4,000 dan 1 notis untuk tindakan pendakwaan.
"Operasi kali ini merekodkan antara rampasan terbesar berjaya kita lakukan sepanjang tahun ini dengan rampasan sebanyak 404 kotak rokok dianggarkan bernilai RM2,102," katanya.
Menurutnya, kesemua peniaga dan pemborong itu melakukan pelbagai kesalahan di bawah peraturan-peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2017) dan antara kesalahan yang paling banyak adalah di bawah peraturan 8C(1) iaitu larangan penjualan paket rokok di paras harga minimum RM10.
Tambah Mohd Anuar, rokok berkenaan dijual serendah RM4.50 hingga RM6 sekotak.
Ditanya mengenai kes yang dikenakan pendakwaan, katanya, tindakan pendakwaan ke mahkamah tanpa diberi tawaran kompaun diambil kerana peniaga terbabit menjual paket rokok di bawah harga runcit yang diluluskan KKM.
"Walaupun operasi dibuat setiap bulan melibatkan hampir keseluruhan kawasan namun peniaga-peniaga masih tetap berdegil menjual rokok ini," katanya.
Berikutan itu, beliau mengingatkan peniaga agar mematuhi peraturan atau berdepan kompaun maksimum jika melakukan kesalahan berulang selain peniaga yang gagal mematuhi peraturan penjualan hasil tembakau juga boleh didakwa ke mahkamah yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.