LAGOS - Angka kematian akibat wabak kolera di Nigeria sejak Januari telah mencecah 2,141 daripada lebih 65,000 kes disyaki, kata Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC).
Dalam kemas kini terbaharu mengenai wabak itu pada Selasa, agensi kesihatan berkenaan memaklumkan sejumlah 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di Wilayah Persekutuan dengan 2,141 kematian.