'Ismail Sabri tidak komited selamatkan ekonomi'

Iklan
Lim Guan Eng

SHAH ALAM – DAP melahirkan keraguan terhadap komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan reformasi institusi melalui sebarang kesepakatan dengan pembangkang bagi melancarkan usaha negara melawan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, ini kerana Ismail Sabri sendiri tidak komited untuk menyelamatkan ekonomi dengan menolak mempengerusikan Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Iklan
Iklan

"Dengan wang semakin habis untuk memerangi kesan ekonomi yang merugikan dan pandemik Covid-19, Ismail Sabri perlu berhenti mengelak daripada tanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri.

Iklan

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Guan Eng menambah, Ismail Sabri perlu memimpin pengurusan ekonomi dengan menyuntik RM45 bilion secara langsung untuk mengelakkan kehabisan dana.

Iklan

MPN ditubuhkan Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan PPN berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.