Persiapan Pesta Tanglung 2021

Iklan

Kenny Lim, 37, menunjukkan antara tanglung yang dijual kepada masyarakat Cina bagi membuat persiapan menjelang perayaan Pesta Tanglung 21 September ini pada tinjauan hari ini.

Menurut pemilik kedai, Kenny Lim, 37, yang merupakan generasi keempat di kedai itu berkata, beliau mengambil alih kedai keluarganya sejak enam tahun lalu dengan menjual barangan musim perayaan untuk masyarakat Cina.

Iklan
Iklan

Katanya, setiap kali musim perayaan tanglung, kedainya itu dihiaskan dengan pelbagai bentuk tanglung tradisional dan moden untuk memupuk semangat generasi baru terhadap perayaan tradisi itu.

Harga tanglung yang dijualnya itu bermula dengan harga RM8 hingga RM30 mengikut saiz dan bentuk seperti, ikan, burung dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Masyarakat Cina akan menyambut perayaan Pesta Tanglung atau dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan atau Mid-Autumn Festival pada hari ke-15 bulan lapan dalam Kalender Lunar yang disambut pada 21 September tahun ini. - Foto Bernama