Roboh rumah sendiri elak bayar caj, denda Zionis

Iklan
Al-Abbasi terpaksa merobohkan sendiri rumahnya bagi mengelak caj pemusnahan dan denda pihak berkuasa Israel.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Seorang penduduk Palestin bertindak merobohkan sendiri rumahnya selepas menerima arahan pemusnahan daripada pihak berkuasa Israel yang mendakwa beliau membina rumah secara haram.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis jarang diberikan permit pembinaan oleh rejim Israel dan tiada pilihan lain kecuali membina rumah tanpa kebenaran demi menampung keluarga yang semakin membesar.

Iklan
Iklan

Lebih memburukkan keadaan, pihak berkuasa rejim Zionis turut mengenakan caj pemusnahan selain mendenda mereka kerana ‘jenayah’ itu.

Hussam Al-Abbasi membuat keputusan menyakitkan meruntuhkan sendiri rumahnya pagi semalam untuk mengelakkan kos pemusnahan tinggi yang perlu dibayarnya.

Iklan

Rumahnya di kawasan kejiranan Ras Al-Amud dibina di atas tapak seluas 70 meter persegi yang turut didiami isteri dan anaknya sejak setahun lalu.

Tindakan tersebut dilihat sebagai polisi Zionis untuk menghalau keluar penduduk Palestin serta meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan. - Maannews

Iklan