Pembantu perubatan maut nahas ambulans dengan lori treler

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Ayer Hitam Batu 49 Simpang Renggam, Kluang pada Selasa. - Foto JBPM

KLUANG - Seorang pembantu pegawai perubatan maut selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini pada Selasa.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali berkata, ambulans berkenaan dalam perjalanan membawa tiga pesakit dari Machap ke Hospital Kluang.

"Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Renggam dan Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Kemalangan itu turut menyebabkan berlaku kebakaran kecil pada bahagian hadapan ambulans. Bagaimanapun ia dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Abd Rahim, pemandu ambulans, Othman Ghafan, 50, dan seorang pesakit wanita yang juga pesakit cedera parah.

Iklan

Katanya, dua lagi penumpang terdiri lelaki warga emas dan wanita cedera ringan manakala pemandu lori treler berusia 35 tahun dilaporkan selamat.

"Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hopital Kluang. Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 9.24 malam," katanya.