Najib jumpa Perdana Menteri bincang isu semasa

Iklan
Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya.

Menurut Ismail Sabri, pertemuan dengan Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu bagi membincangkan mengenai cabaran ekonomi dalam dan luar negara, termasuk isu semasa berkaitan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19,” ujarnya menerusi muat naik status di Facebooknya.

Iklan

Antara lain, Ismail Sabri berkata, Najib turut komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta. - Awani

Iklan