Maggi sasar 50,000 kit makanan

Iklan
Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Beramal diadakan pada 1 Ogos sehingga 30 September 2021.

MAGGI menerusi Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Beramal menyasarkan untuk menyumbang sebanyak 50,000 kit makanan kepada golongan B40 di seluruh Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, pada tahun 2020 sebanyak 50,000 kit makanan telah disumbangkan kepada golongan B40 melalui peraduan itu yang membolehkan rakyat Malaysia membantu membekalkan barang keperluan asas dalam bentuk kit makanan dengan setiap pembelian produk Maggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada tahun ini, Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Beramal kembali untuk tahun kedua dengan menyediakan platform untuk membantu keluarga yang memerlukan.

"Kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia yang terjejas melalui makanan yang dilihat mampu menyatukan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, dengan setiap pembelian produk Maggi bernilai RM5 bermula 1 Ogos sehingga 30 September 202, pembeli layak untuk menyertai peraduan terbabit dengan menghantar penyertaan melalui WhatsApp ataupun e-borang di laman web Maggi.

"Selain berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, peserta juga dapat beramal dan membantu golongan yang memerlukan. Bagi setiap 10,000 penyertaan yang diterima, 1,000 kit makanan akan disumbangkan mengikut negeri para peserta.

Iklan

"Maggi merupakan antara jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia yang membantu banyak keluarga dalam menyediakan sajian berpatutan dan enak dengan penambahan protein serta sayur-sayuran yang betul untuk mencapai sajian seimbang,” katanya.

Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Beramal kembali untuk tahun kedua dengan menyediakan platform untuk membantu keluarga yang memerlukan.

Geetha berkata, pada bulan Ogos kempen Maggi Sah Malaysia kembali semula sempena meraikan komitmen 50 tahun jenama itu kepada rakyat Malaysia dan diharapkan dapat menyuntik semangat positif di seluruh negara serta menghidupkan semula memori indah bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

"Kami amat berbesar hati bersama rakyat Malaysia selama 50 tahun dalam membantu penyajian hidangan yang enak, seimbang serta berpatutan yang sentiasa mengembalikan memori rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia.

"Tahun ini merupakan tonggak penting dalam sejarah jenama Maggi kerana selain meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun kami juga akan meneruskan usaha dalam mengeratkan lagi jalinan bersama rakyat Malaysia dengan semangat #KitaJagaKita,” katanya.

Layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/ untuk maklumat lanjut tentang kempen Maggi Sah Malaysia.