Covid-19: Kes positif global lebih 221.7 juta, korban 4.58 juta

Iklan
Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara dengan mencatat angka melebihi 4.1 juta kes. - Foto fail Reuters

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 221.7 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Iklan
Iklan

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 40 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes.

Iklan

United kingdom antara negara yang mencatatkan lebih tujuh juta kes selain Perancis, Rusia, dan Turki yang mencatat angka melebihi enam juta kes.

Argentina mencatat kes melebihi lima juta, manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi empat juta.

Iklan

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan mencatat angka melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.1 juta, Malaysia 1.8 juta kes, Thailand dengan 1.3 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 68 ribu kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.58 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 648,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 583,000 kes, India lebih 441,000 kes, Mexico lebih 263,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 133,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 137,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 18,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 13,000 angka korban. - Awani