Perancis hampiri slot ke Qatar

Iklan
Griezmann meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. Foto: Reuters

JUARA bertahan, Perancis hampir mengesahkan slot beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar, apabila menewaskan Finland 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada Rabu.

Jaringan penyerang senasi Antoine Griezmann pada minit ke-25 dan minit ke-53 ternyata sudah memadai untuk skuad Les Bleus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Kumpulan D bagi aksi kelayakan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ternyata percaturan pengendali Perancis, Didier Deschamps menerusi formasi 5-2-3 berjaya membentuk gandingan mantap di benteng pertahanan yang menyaksikan Leo Dubois dan Theo Hernandez cemerlang membantu penjaga gol Hugo Loris.

Selain itu, trio Griezmann, Anthony Martial dan Karim Benzema pula dilihat berjaya menambah sengat pada jentera serangan Les Bleus.

Iklan

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, pengendali Perancis Didier Deschamps mengakui skuad kendaliannya itu telah beraksi dengan penuh keyakinan bagi mencatat kemenangan berkenaan.

"Biarpun aksi yang dipamerkan pemain tidaklah begitu sempurna, namun keazaman yang ditunjukkan pemain pada perlawanan berkenaan cukup menyerlah.

Iklan

"Mereka (pemain) dilihat lebih yakin untuk beraksi pada perlawanan ini. Apa pun, yang penting di sini adalah keputusan perlawanan.

"Jika boleh, boleh kami mahu segera menyelesaikan ‘tugas’ (slot ke Piala Dunia) menjelang November ini,” katanya.

Untuk rekod, Perancis kini terus menerajui Kumpulan D dengan 12 mata setelah mengharungi enam perlawanan.

Situasi berkenaan sekali gus mencerahkan peluang Les Bleus untuk mengesahkan slot beraksi ke Piala Dunia dan sekaligus mempertahankan trofi Jules Rimet yang dimenangi pada edisi 2018 lalu.