Menteri KBS gesa pembukaan semula gimnasium, sukan padang

Iklan
Ahmad Faizal - Foto fail Bernama

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pembukaan semula gimnasium dan sukan padang (outdoor sports) selepas kerajaan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada industri kreatif berkuat kuasa Khamis ini.

Beliau turut menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin Khairy Jamaluddin untuk mempertimbang cadangan tersebut dengan SOP ketat demi kelangsungan hidup mereka yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat.

"Ramai yang hampir terhenti nafas, tolonglah KKM.

Iklan

"Tolonglah Khairy Jamaluddin. Perlu ada kewajaran dalam keputusan kita."

"KBS telah mencadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka, kuasa ada pada Majlis Keselamatan Negara (MKN), harap KKM sokong," katanya melalui ciapan Twitter, pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, kerajaan bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, bermula Khamis ini.

Keputusan itu yang dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, Khamis lalu. - Awani