Arab Saudi terima 70,000 jemaah umrah sehari

Iklan
Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi umum kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari.

Menurut akaun Twitter jabatan tertinggi itu yang memetik kenyataan Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.

Iklan
Iklan

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga 120,000 sehari berbanding 60,000 ketika ini.

Segala operasi dan persiapan menyambut kedatangan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan semua langkah pencegahan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah mengerjakan umrah.

Iklan

Pihaknya akan sentiasa memantau setiap ruang di Masjidil Haram dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.

Portal berita Saudi Gazette turut melaporkan bahawa penambahan angka itu dibuat berikutan negara berkenaan menjangkakan menerima lebih ramai jemaah umrah dari seluruh dunia tahun ini sejak ibadah itu dihentikan tahun lalu akibat pandemik Covid-19. - Bernama

Iklan