Kemenangan BN, kemenangan rakyat

Iklan
ISMAIL SABRI

SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kemenangan BN bagi PRK DUN Semenyih adalah lambang kemenangan rakyat.

Jelas Ismail, kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi yang berjaya memperoleh 19,780 undian merupakan satu amanah dan tanggungjawab untuk membawa suara rakyat khususnya rakyat Semenyih.

Iklan
Iklan

"Kemenangan bersama ini adalah manifestasi kepada kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang gagal.

ARTIKEL BERKAITAN: Semenyih BN punya!

Iklan

"Amanah yang baru kita peroleh ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan kebenaran. Terima kasih rakyat Semenyih dan kerjasama daripada semua pihak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Ismail, susulan kemenangan pada PRK DUN Semenyih itu turut mendorong BN untuk terus mengorak langkah dan membela nasib rakyat yang dipinggirkan kerajaan PH.

Iklan

PRK DUN Semenyih semalam menyaksikan BN merampas kembali kerusi itu dengan majoriti 1,914.

Kemenangan Zakaria sekali gus menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Kuan Chee Heng pula meraih 725 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.