ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah pada Rabu menahan empat pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai kira-kira RM2.2 juta.
Menurut sumber SPRM, kesemua suspek yang berumur antara 49 hingga 58 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 3.45 petang dan 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan.