Op Noda: Lima pelacur warga asing ditahan

Iklan
Lima wanita warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun ditahan.

KUALA LUMPUR - Seramai lima wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan jam 4.45 petang itu dijalankan di bawah Op Noda oleh sepasukan polis dari bahagian D7 JSJ Kontinjen Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Lima wanita bukan warganegara berusia antara umur 25 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

"Pihak polis turut merampas 13 keping kondom, lima helai tuala warna coklat, tiga botol minyak pelincir, lima keping akses kad dan wang tunai RM1,070," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut Saiful Annuar, tiga pelanggan yang merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 36 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

"Kesemua tangkapan akan direman hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Iklan