Vaksinasi pelajar IPT mampu wujudkan gelembung kampus selamat

Iklan
Program vaksinasi pelajar IPT dapat mempercepatkan proses vaksinasi golongan itu bagi membentuk gelembung kampus yang selamat dan membantu mencapai imuniti kelompok.

KUALA LUMPUR - Program vaksinasi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dapat mempercepatkan proses vaksinasi golongan itu bagi membentuk gelembung kampus yang selamat dan membantu mencapai imuniti kelompok.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, program yang membolehkan pelajar IPT mendapatkan vaksin secara jumpa terus (walk in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terbuka itu, membuktikan keprihatinan kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi dalam mendengar pandangan dan luahan mahasiswa.

Iklan
Iklan

"MPPK memohon kepada semua mahasiswa yang masih belum mendapat janji temu vaksinasi agar terus ke PPV berkenaan bagi mendapatkan vaksin.

"Peranan mahasiswa penting dalam memastikan setiap kampus di IPT seluruh negara menjadi kampus yang selamat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dilapor berkata, lebih 200,000 pelajar IPT yang belum divaksin boleh mendapatkannya secara terus di PPV terbuka.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran di Facebook beliau pula berkata, pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV berkenaan, manakala bagi pelajar baharu boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan. -Bernama

Iklan