Warga emas mengamuk dengan sabit direman

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Hasron Nazri

KAMPAR - Lelaki warga emas yang mengamuk dengan melibaskan sabit dan parang di hadapan Balai Polis Gopeng di sini pada Rabu direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, suspek berusia 61 tahun itu direman bermula pada Khamis sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Reman selama empat hari dari 9 sehingga 12 September ini," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan suspek yang ditahan kerana mengamuk dengan melibas sabit di atas kereta peronda polis (MPV) didapati positif dadah jenis syabu dan heroin.

Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 61 tahun itu turut mempunyai 16 rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.

Suspek berjaya diberkas dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng yang bertindak menyembur air ke arah suspek sebelum jatuh di atas jalan.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ARTIKEL BERKAITAN:Warga emas hayun sabit positif dadah, miliki 16 rekod jenayah