Palsukan nombor pendaftaran bot rompak hasil laut

Iklan
Syed Nor Adli (kiri) menunjukkan salah satu bot nelayan Vietnam yang ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali pada Khamis.

PASIR PUTEH - Taktik nelayan asing Vietnam memalsukan nombor pendaftaran tempatan pada dua buah bot untuk 'merompak' hasil laut gagal selepas diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan dalam dua serbuan berasingan pada Selasa.

Kapal Maritim (KM) Tok Bali turut merampas hasil laut yang ditangkap selain bot, diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM2.5 juta.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, semakan mendapati nombor pendaftaran tidak wujud dalam pangkalan data Jabatan Perikanan Malaysia.

"Hasil ujian forensik awal yang dilakukan ke atas badan bot itu menemui kesan nombor pendaftaran asal dari Vietnam yang dipadamkan menggunakan cat berwarna putih. Struktur fizikal kedua-dua bot juga menyerupai ciri-ciri bot nelayan Vietnam," katanya pada sidang media di Jeti Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, penahanan bot pertama pada jarak 93 dari Muara Tok Bali kira-kira jam 9.31 pagi bersama lapan kru termasuk seorang tekong.

Beliau berkata, kira-kira 50 minit kemudian Maritim berjaya menahan sebuah lagi bot pada jarak 95 batu nautikabersama 11 kru termasuk seorang tekong.

Iklan

"Kesemua mereka berusia 18 hingga 60 tahun. Pemeriksaan salah sebuah bot mendapati sebanyak 50 kilogram (kg) sotong baru sahaja ditangkap manakala satu lagi tiada sebarang hasil dijumpai," katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985.