Lans koperal mengaku tidak salah masuk dadah dalam badan

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badannya pada Ahad lalu.

JOHOR BAHRU - Seorang seorang anggota polis berpangkat lans koperal didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd Rashid Sulaiman, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulhaine Zull Kafli.

Iklan
Iklan

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methaphetamine ke dalam badannya pada jam 2.30 petang di sebuah Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, 5 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikurangkan jaminan berikutan masih menjaga ibunya yang lumpuh.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menasihatkan tertuduh untuk melantik peguam dan menetapkan 3 November depan sebagai sebutan semula kes.