Hamzah terima kunjungan hormat Karen Andrews secara dalam talian

Iklan
Hamzah menerima kunjungan hormat Karen Andrews secara dalam talian pada Khamis di pejabatnya. (Gambar kecil Karen Andrews)

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya Karen Andrews secara dalam talian pada Khamis.

Beliau berkata, perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Australia itu memfokuskan kerjasama sedia ada demi keselamatan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited untuk memperkasakan kerjasama sedia ada demi keselamatan negara dan kesejahteraan serantau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited untuk memperkasakan kerjasama sedia ada demi keselamatan negara dan kesejahteraan serantau.

Iklan

"Perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berhubung kerjasama bilateral Malaysia-Australia bagi menangani ancaman keganasan dan memperkukuhkan keselamatan dalam negeri.

"Antara kerjasama antara dua negara ketika ini dalam aspek keselamatan adalah Operasi Redback antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Australian Border Force bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan maritim, termasuk jenayah pemerdagangan manusia," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Iklan