Bersatu yakin bentuk kerajaan pada PRU15

Iklan
Razali

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pimpinan hari ini dan yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, kekuatan Bersatu selama ini ialah kepercayaan tinggi rakyat yang menaruh harapan baharu kepada sebuah parti Melayu yang berintegriti, amanah dan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan kaum yang lain.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Bersatu juga tidak goyah kerana rakyat sudah menetapkan siapa yang akan diundi.

"Sehingga sekarang, jentera Bersatu tidak pernah berhenti membantu rakyat.

Iklan

"Kesejahteraan rakyat, pemulihan kesihatan awam, memulihkan dan memperkasakan ekonomi untuk bangkit adalah agenda utama yang sangat dirasai rakyat masa kini.

"Kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'arkitek' Program Pemulihan Negara telah mengubah landskap kehidupan rakyat dan ekonomi negara ke fasa peralihan yang semakin positif," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun kelima penubuhan Bersatu.

Katanya, Bersatu adalah parti pembaharuan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"Sebagai parti yang baharu tidak bermakna kami tidak tahu selok-belok hala tuju politik, tetapi kami adalah pembawa kepada politik yang matang dan berimbang," katanya.