COX'S BAZAR - BANGLADESH. Bangladesh pada Ahad menyerahkan semula tentera Myanmar 'yang sesat' selepas dia melintasi sempadan memasuki ke dalam hutan di negara itu.
Aung Bo Bo Thein, 30, ditahan pasukan keselamatan Bangladesh berhampiran bandar Naikhongchhari pada 24 Januari lalu.
Iklan
Iklan
"Dia dijumpai dalam hutan. Hari ini, kami serahkan dia semula kepada polis sempadan Myanmar," kata Brigadier Jeneral, Sajedur Rahman.
Menurutnya lagi, jumlah pelarian Rohingya dari Myanmar juga semakin berkurangan dan tiada ketibaan baharu sejak beberapa minggu lalu.
Sejak beberapa bulan lalu, Dhaka telah meningkatkan keselamatan berhampiran sempadan untuk menyekat penyeludupan pil methamphetamine digelar Yaba dari Myanmar.
Minggu lalu, Dhaka memaklumkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tidak lagi akan menerima pelarian dari Myanmar.
Setiausaha Luar, Shahidul Haque berkata, krisis tentang penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu telah menjadi makin buruk dan ia telah meminta agensi PBB itu mengambil tindakan tegas. - AFP