Gesa Imran Khan diberi Hadiah Nobel Keamanan

Iklan
Imran Khan ketika berucap sempena pembebasan Abhinandan.

ISLAMABAD - PAKISTAN. Lebih 300,000 menandatangani petisyen dalam talian menggesa Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan selepas beliau membebaskan juruterbang India sebagai usaha untuk meredakan ketegangan dengan Islamabad.

Penahanan Komander Sayap, Abhinandan Varthaman telah menjadi permusuhan terbaharu yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Hashtag #NobelPeaceForImranKhan mula menjadi trending Twitter pada Khamis selepas Khan mengumumkan pembebasan juruterbang itu sebagai 'langkah berdamai'.

Kempen sama di platform change.org dilancarkan pengguna di Britain dan Pakistan mencadangkan Khan dicalonkan untuk anugerah tersebut pada tahun depan atas usaha dan dialog damainya mengenai pelbagai konflik di rantau Asia. Petisyen itu masing-masing berjaya memperoleh lebih 240,000 dan 60,000 tandatangan digital.

Iklan

Menteri Maklumat Pakistan, Fawad Chaudhry turut mengemukakan resolusi kepada Parlimen meminta Khan diberikan anugerah itu atas sumbangannya kepada keamanan di wilayah terbabit.

"Imran Khan memainkan peranan yang bijak dalam meredakan konflik antara Pakistan dan India," menurut resolusi tersebut.

Iklan

Sewaktu berucap sempena pembebasan Abhinandan, Khan menggesa sesi dialog dengan New Delhi ketika merujuk kepada akibat buruk perang nuklear. Penduduk di seluruh dunia dibenarkan membuat pencalonan untuk Hadiah Nobel termasuk menteri, bekas penerima anugerah itu. - AFP