Pasukan MySejahtera diberi tempoh seminggu selesaikan isu sijil digital

Iklan

PUTRAJAYA - Pasukan yang menguruskan aplikasi MySejahtera diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan isu berkaitan sijil digital vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia berikutan ada individu yang telah menerima suntikan vaksin lengkap, namun aplikasi berkenaan tidak memaparkan sijil digital itu.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengarahkan pasukan MySejahtera untuk selesaikan dengan segera masalah berkaitan isu aplikasi tersebut termasuk masalah tidak ada sijil digital yang dipaparkan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai.

"Buat sementara, saya telah benarkan supaya kad vaksin fizikal dapat digunakan bagi mereka yang berdepan dengan aplikasi MySejahtera ini," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di kementeriannya di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi sesetengah pihak susulan aplikasi tersebut tidak memaparkan sijil digital walaupun telah lengkap divaksin.

Menurut Khairy, kebenaran sama turut diberikan kepada penduduk di Selangor yang menerima vaksinasi melalui program Selvax.

Iklan

"Bagi mereka yang berada di Selangor dan telah menerima vaksinasi melalui program Selvax di mana mereka ada sijil di dalam Selangkah, jadi buat sementara ini boleh gunakan kad vaksinasi fizikal," katanya.

Katanya, kelonggaran itu diberikan sehingga mereka memperoleh sijil digital melalui MySejahtera masing-masing.