Kongres Ekonomi Rakyat sempena ulang tahun keenam Kongres Rakyat 2.0

Iklan
Kongres Rakyat 2.0

SHAH ALAM- Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 akan mengadakan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) sempena ulang tahun keenamnya pada 12 September depan bertujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER).

Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 dalam satu kenyataan berkata, penganjuran kongres itu selari dengan Resolusi Konvensyen NGO-NGO Peringkat Kebangsaan Ke-2 sebelum ini bagi menggerakkan semula sekretariat itu dalam membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat kita sebelum ini juga telah bersetuju melantik Mohd Shuhaimi Embong sebagai Pengerusi atau Ketua Sekretariat bagi mengurus dan memperbadankan sebagai sebuah organisasi.

"Ia sekali gus membolehkan kongres ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta menganjurkan program dan aktiviti bersesuaian dengan fungsinya,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 juga bersetuju untuk mengekalkan logo dan tema asal ‘Membina Malaysia Sejahtera’ dengan memasukkan 2.0 bagi mengekalkan identiti asal Kongres Rakyat sebelum ini.