Pedofilia Alladin bakal berdepan beberapa lagi pertuduhan

Iklan
Datuk Aidi Ismail

KUCHING - Pedofilia Alladin Lanim yang telah dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan dijangka berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Pada 5 Julai, Alladin telah berjaya ditangkap dengan ribuan bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya dan disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Aidi berkata, lima kanak-kanak dari kawasan kejiranan suspek juga telah tampil bersama ibu bapa mereka untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Iklan

Beliau berkata, Alladin yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 dan 17 Ogos lepas dengan 18 pertuduhan telah dihukum dengan 48 tahun enam bulan penjara dan 15 sebatan.

Sementara itu, Aidi berkata, laporan bahawa Alladin telah ditangkap di pusat kuarantin di Kuching setelah pulang dari Semenanjung Malaysia adalah tidak tepat.

Iklan

Beliau berkata, Alladin tidak pernah keluar dari Sarawak sejak pulang ke negeri itu pada 2016.

Sebaliknya Aidi menjelaskan tangkapan Alladin adalah hasil kerjasama pihak polis Malaysia bersama polis Australia yang mengenalpasti identiti suspek melalui kegiatannya di ‘Darkweb’.

"Hanya berbekalkan maklumat ini, polis telah menjalankan risikan sehingga berjaya mengetahui keberadaan Alladin yang bekerja sebagai konduktor lapangan di sebuah ladang kelapa sawit di Biawak, Lundu,” katanya. - Bernama