SIRIM, Ko-Makmur wujud pusat R&D emas pertama di Malaysia

Iklan
Hishamuddin (empat dari kanan) menunjukkan pelan pusat R&D dan akademi kecemerlangan emas yang akan dibina di Pejabat SIRIM.

KUANTAN - SIRIM Berhad dan Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) menjalin kerjasama strategik membangunkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta akademik kecemerlangan emas yang terbesar di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, pusat penyelidikan itu adalah pertama di Malaysia yang mengfokuskan kepada R&D berkaitan kesenian, reka bentuk dan kaedah pemasaran produk berasaskan emas

Iklan
Iklan

Menurutnya, pusat itu sedang dibina di pekarangan SIRIM Pahang dan dijangka mampu membantu usahawan baharu dalam bidang perniagaan emas berkembang hingga ke peringkat global.

"Ini adalah langkah pertama untuk menembusi pasaran luar (global) dengan mendapat pengiktirafan atau pengesahan kualiti produk dihasilkan.

Iklan

"Jadi, di sinilah peranan SIRIM sebagai agensi yang diberi mandat oleh kerajaan bagi mengiktiraf produk dihasilkan untuk pasaran tempatan dan luar. Selepas ini, semua produk dikeluarkan Ko-Makmur melalui rangkaian kedai emas milik mereka, Makmur Gold akan menerima cop pengiktirafan daripada SIRIM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Ko-Makmur, Datuk Hishamuddin Abdullah di pejabat SIRIM Pahang pada petang Khamis.

Iklan

Ahmad Sabirin menjelaskan potensi perniagaan berasaskan emas adalah sangat besar dan pihaknya sedia membantu seterusnya membimbing Ko-Makmur dan Makmur Gold untuk meneroka pasaran luar negara.

Ahmad Sabirin (kiri) dan Hishamuddin (kanan) menunjukkan barangan kemas yang dihasilkan di pekarangan pejabat SIRIM.

"Industri ini mempunyai nilai pasaran lebih RM10 billion setahun. Ini adalah nilai pasaran ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, jadi bayangkan kalau tidak ada (Covid-19), nilainya (pasaran) mungkin mencecah antara RM20 hingga RM30 billion.

"Kalau Makmur Gold tidak merebut peluang ini dan memasuki pasaran global, ia satu kerugian. Makmur Gold sudah mempunyai produk seperti bar emas, wafer emas dan pelbagai lagi produk barangan kemas lain, jadi mereka perlu bersaing ke peringkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, objektif utama Ko-Makmur menjadi rakan strategik SIRIM adalah bagi membantu lebih ramai usahawan menceburi sektor perniagaan berasaskan emas.

Katanya, atas alasan itu, pihaknya bersama SIRIM mewujudkan akademi kecemerlangan emas dan pusat R&D di sini.

"Kita sudah ada perancangan jangka panjang untuk memasuki pasaran Timur Tengah dan China, jadi sebagai persediaan, Makmur Gold harus mendapat pengiktirafan kualiti daripada SIRIM dan apabila ada pengiktirafan, maka mudahlah untuk kita meneroka pasaran global," katanya.