NEW YORK - Seramai 83 pemimpin negara dijangka menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang bakal berlangsung mulai 14 September ini, kata presiden sesi ke-75 UNGA, Volkan Bozkir, pada Khamis.
"Setakat ini, 83 pemimpin negara secara peribadi telah memaklumkan hasrat mereka untuk menghadiri perhimpunan itu, 26 telah memohon untuk sertai secara rakaman," kata Bozkir pada sidang media terakhirnya sebagai presiden UNGA, lapor Xinhua.