Messi gembira catat rekod jaringan terbanyak

Iklan
Lionel Messi. - Foto Sports Expert

PENYERANG sensasi Argentina, Lionel Messi, gembira kerana berjaya muncul selaku penjaring terbanyak dunia ketika ini dengan 79 gol apabila menjaringkan hattrik ketika menewaskan Bolivia 3-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia, Zon Amerika Selatan, pada Jumaat.

Menurut Messi, kemenangan itu nyata menggembirakannya kerana selain berjaya membantu kemenangan Argentina, dia turut mencatatkan rekod jaringan peribadinya pada kejohanan di peringkat antarabangsa dengan 79 gol bagi mengatasi rekod 77 gol yang dijaringkan oleh lagenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Cemas dan dalam masa saya turut gembira kerana mencatatkan rekod baharu bagi jumlah jaringan gol diperingkat antarabangsa.

"Saya telah menunggu dan mengimpikan buat sekian lama untuk menikmati detik-detik ini. Kini ia telah pun menjadi kenyataan dan secara keseluruhannya, ia cukup unik.

Iklan

"Oleh itu, saya hanya mahu menikmati detik-detik indah ini setelah menantikannya untuk sekian lama,” katanya.

Untuk rekod, Messi meledak jaringan pada minit ke-77, 78 dan 79 bagi mengesahkan kemenangan Argentina ke atas Bolivia.

Iklan

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad Albicelete itu berada pada kedudukan kedua di belakang Brazil dengan 18 mata hasil lima kemenangan, dan seri tiga kali daripada lapan perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Messi berkata, dia teruja kerana berjaya kesemua kejayaan tadi terhasil di Stadium El Monumental di Argentina.

Justeru katanya, kejayaan yang dihasilkannya (mencatat rekod jaringan, kemenangan Argentina), nyata sungguh bermakna kerana ia dilakukan di negara kelahirannya sendiri.

"Julai lalu, saya membantu Argentina mememangi Copa America, iaitu trofi pertama sejak 28 tahun. Kali ini saya mencatatkan pula rekod baharu jaringan selain membantu Argentina mengukuhkan kedudukan dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

"Untuk itu, saya dedikasikan kesemua kegembiraan saya ini kepada keluarga saya, kepada ibu saya, saudara mara saya dan juga adik beradik saya,” katanya.