Anak Jia Jia membesar dengan sihat

Iklan
Anak panda gergasi pertama Singapura yang dilahirkan di Sungai Safari di sini pada 14 Ogos membesar dengan sihat.

SINGAPURA - [DIKEMASKINI] Panda jantan pertama Singapura dari spesies panda gergasi yang dilahirkan di River Safari di sini, pada 14 Ogos dilaporkan membesar dengan sihat.

Anak panda yang belum menjalani pemeriksaan penuh veterinar itu dijaga dengan baik ibunya Jia Jia serta petugas zoo.

Iklan
Iklan

Hubungan rapat dengan petugas zoo dengan Jia Jia, membolehkan anak panda itu dipantau dari jarak dekat selain petugas berpeluang mengesahkan jantinanya.

"Jia Jia memainkan peranannya sebagai ibu, menjaga anaknya dengan baik berbanding jangkaan sebelum ini.

Iklan

Oleh itu, krew penjagaan panda memutuskan anak panda itu akan terus dijaga ibunya selama mungkin,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Sains Hayat di Wildlife Reserves Sinpada Jumaat.

Menurut WRS, anak panda itu mula menunjukkan tanda hitam yang menonjol di sekitar mata, telinga, dan sudah mula menampakkan versi ibu bapanya berbanding ketika lahir dengan keadaan bulu nipis serta berwarna merah muda.

Iklan

Bulunya dijangka semakin lebat dalam beberapa minggu lagi sebelum dia mula membuka mata. Sementara itu, orang ramai berpeluang untuk menamakan anak panda itu sebelum usianya mencecah 100 hari pada 21 November 2021.

Maklumat peraduan boleh diperoleh menerusi www.wrs.com.sg/pandacub, dan tarikh tutup penyertaan 11.59 malam, 19 September. River Safari itu menjadi tempat tinggal panda gergasi dengan kerjasama China Wildlife Conservation Association dan WRS dalam usaha mempromosikan pemuliharaan panda gergasi. - Bernama