Jualan sektor pembuatan meningkat 0.6 peratus pada Julai

Iklan
Mohd Uzir

[DIKEMAS KINI] NILAI jualan sektor pembuatan berkembang 0.6 peratus pada bulan Julai 2021 menjadikan jumlahnya RM119.8 bilion berbanding bulan yang sama tahun 2020.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pada Jun 2021 nilai jualan tersebut menurun 3.6 peratus.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pertumbuhan nilai jualan pada bulan ini dipacu oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik iaitu 42.3 peratus terutama dalam industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis.

"Pengembangan ini juga didorong oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau (7.1 peratus) yang disokong oleh industri pembuatan produk makanan.

Iklan

"Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Julai 2021 merekodkan seramai 2,210,084 orang, meningkat 0.8 peratus berbanding 2,192,260 orang pada Julai 2020.

"Peningkatan ini disumbangkan oleh pekerja dalam produk elektrik dan elektronik (3.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (2.5 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, jumlah gaji dan upah yang dibayar berjumlah RM7,194.8 juta, meningkat 1.5 peratus atau RM104.0 juta berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, nilai jualan per pekerja pula menurun 0.2 peratus kepada RM54,222 berbanding bulan yang sama tahun 2020 iaitu RM54,356.

"Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,255 pada bulan Julai 2021,” ujarnya.