Rosman dilantik Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin

Iklan
Rosman

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat, Datuk Seri Rosman Mohamed telah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Kumpulan Ni Hsin berkuat kuasa Khamis.

Ni Hsin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sebelum ini, Rosman pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Iklan
Iklan

"Menerusi pelantikan ini, Rosman akan memberikan nilai tambah untuk memacu pembangunan kumpulan,” katanya.

Beliau juga kini Ahli Lembaga Pengarah di Boustead Holdings, Khind Holdings, Kumpulan Cisco Security serta Ahli Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC).

Iklan

Rosman mempunyai lebih 30 tahun pengalaman pengurusan dalam pelbagai industri seperti perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia serta perakaunan di dalam dan luar negara termasuklah di Maybank, British American Tobacco dan Cabot Corporation.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan Pusat Kecemerlangan Syarikat Abdul Latif Jameel (ALJ), Arab Saudi, iaitu pengedar Toyota swasta terbesar di dunia.

Iklan

Rosman adalah pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS).