Sukan dalaman dibenarkan beroperasi PPN Fasa 2

Iklan


Pekerja Sunway Pyramid Ice Ahmad Syamil, 32, melakukan pensanitasian kasut yang telah digunakan oleh pelanggan ketika tinjauan fotoBERNAMA di Sunway Pyramid Ice hari ini.

Permainan sukan dalaman telah dibenarkan beroperasi mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bermula 10 September.

Orang ramai yang telah lengkap dua dos vaksin hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi untuk bermain sukan luncur ais di sini.

Kanak-kanak yang ingin menyertai sukan ini, ibu bapa ataupun penjaga perlu menunjukkan lengkap sijil vaksinasi bagi tanggungan mereka. - Foto Bernama