Denmark mansuh semua sekatan Covid-19

Iklan
Rakyat Denmark tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka, tiada had jumlah orang ketika berkumpul dan tidak perlu penggunaan kad kesihatan. Foto AFP

MURMANSK - Kerajaan Denmark memansuhkan semua sekatan Covid-19 bermula Jumaat sejak sekatan itu dikuat kuasa pada 11 Mac 2020, lapor Sputnik, memetik Perbadanan Penyiaran Denmark.

Berikutan itu rakyat tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka, tiada had jumlah orang ketika berkumpul dan tidak perlu penggunaan kad kesihatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, sekolah akan kembali ditutup sekiranya terdapat peningkatan kes.

Covid-19 tidak lagi dianggap sebagai penyakit amat berbahaya berikutan kejayaan kempen vaksinasi yang terbukti berkesan melawan wabak itu, kata pakar penyakit berjangkit Denmark, Jens Lundgren.

Iklan

Denmark, negara Kesatuan Eropah pertama yang memansuhkan semua sekatan Covid-19, termasuk penggunaan kad kesihatan sebelum masuk ke restoran dan kelab malam.

Negara itu berjaya mencapai imuniti kelompok dengan lebih 80 peratus penduduknya lengkap divaksin. - Bernama

Iklan