Kereta terbang untuk industri pertanian, jaga sempadan

Iklan

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata, penggunaan kereta terbang adalah untuk industri seperti pertanian dan pengangkutan awam.

Katanya, selain memantau ladang ia turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.

Iklan
Iklan

"Saya rasa buat masa ini cukup jika kita sasarkan penggunaan kereta terbang untuk industri terlebih dahulu kerana masyarakat masih belum boleh menerima teknologi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri jawab kritikan prototaip kereta terbang

Iklan

"Ia juga bukan teknologi yang baharu sebaliknya sudah dibangunkan oleh negara-negara maju. Justeru, kita juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar kita tidak ketinggalan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor, hari ini.

Menurutnya, prototaip kereta terbang dijangka siap awal Jun ini dengan kosnya tidak melebihi RM1 juta dan dibiayai pihak swasta.

Iklan

Semalam, Redzuan berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Pada majlis tersebut, beliau meminta usahawan muda membina budaya keusahawanan dalam diri seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara usahawan menjelang 2020.

"Jika kita bersungguh-sungguh untuk terjemahkan cita-cita negara keusahawanan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara, maka kita mestilah komited membina budaya usahawan yang jitu.

"Kita tidak boleh meminggirkan kepentingan bakat keusahawanan dalam kalangan generasi muda,” katanya.