Jangan perkecil usaha orang kita naik basikal ke Tanah Suci

Iklan

MENGEMBARA merentasi banyak negara bukan mudah. Perlu persiapkan diri secukupnya. Apa jua ranjau yang bakal dihadapi, kena tabah. Percayalah, ALLAH SWT sentiasa bersama dengan kita jika niat dan tujuan kita baik.

Bagi pengayuh basikal solo 10,000 kilometer ke Tanah Suci Makkah, Suliman Abd Lah berkata, sesiapa pun boleh mengembara berpuluh-puluh ribu kilometer waima dengan cara apa pun. Tidak kiralah dengan basikal ataupun berkereta atau berjenteraa berat.

Iklan
Iklan

Yang paling penting, kena ada persiapan rapi. Bulatkan tekad, jangan separuh jalan. Niat kerana Allah. Insya-ALLAH semua akan dipermudahkan.

Kepada Sinar Islam, Suliman berkongsi tip mengembara sepanjang merentasi 10 buah negara bermula Malaysia kemudian menuju ke Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman dan Arab Saudi yang pernah dilakukan dahulu.

Iklan
Sekitar kembara Suliman ke Tanah Suci Makkah pada tahun lalu.

Mungkin kita boleh jadikan ia sebagai panduan bila berkelana. Apa yang perlu dilakukan sepanjang kembara?

Semoga tip ini bermanfaat buat mereka yang bercita-cita mengelilingi dunia demi melihat ciptaan dan kebesaran Maha Pencipta.

Iklan
Selepas menempuh 10,000km perjalanan dengan basikal, Suliman akhirnya tiba ke Makkah menunaikan umrah.

8 tip daripada pengembara berpengalaman, Suliman:

1. Niat musafir kerana ALLAH.

2. Sentiasa berdoa agar dipermudahkan setiap kayuhan. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.

3. Rendah diri dalam semua situasi. Insya-ALLAH senang hidup kita dan mudah berdikari.

4. Anggaplah cabaran untuk memartabatkan diri dan mencapai suatu kemanisan.

5. Bertawakal selalu.

6. Selalu senyum dan tenang dalam apa jua keadaan.

7. Jadilah pengembara yang mengkaji, bukan pelancong yang melihat.

8. Jangan sedih bila mengingati peristiwa yang lalu dan jangan takut dengan apa yang bakal mendatang.

Tambah Suliman, apabila beliau tiba di beberapa negara Islam, ada sesuatu perkara luar biasa yang berlaku.

"Apabila saya memberitahu saya berasal dari Malaysia, mereka terus sebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad. Kemudian mereka layan saya dengan baik," katanya.