Pentadbiran awam negara masih lagi tidak betul

Iklan
Swee Kheng (bawah, kiri) bercakap ketika menjadi panelis dalam 'Webinar Negara: Intipati Paradigma Nasional Baharu' yang disiarkan menerusi Facebook Majlis Belia Malaysia pada Jumaat. Turut menjadi panelis ialah Hartini (atas, kanan) Shahril Sufian (bawah, kanan) dan Zhai Gen (atas, tengah) manakala Kamarul Bahrin (atas, kiri) bertindak sebagai moderator.

SHAH ALAM – Pentadbiran awam di negara ini dilihat masih lagi tidak betul dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, ini kerana orang ramai masih lagi tidak mengetahui siapa atau pihak mana yang membuat keputusan.

Iklan
Iklan

"Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih negara, siapa yang membuat keputusan.

"Adakah Kementerian Kesihatan, Majlis Pemulihan Negara, kabinet atau ada entiti lain yang membuat keputusan,” katanya ketika menjadi panelis dalam ‘Webinar Negara: Intipati Paradigma Nasional Baharu’ yang disiarkan menerusi Facebook Majlis Belia Malaysia (MBM) pada Jumaat.

Iklan

Turut menjadi panelis ialah Pengasas Yayasan Chow Kit, Datuk Dr Hartini Zainudin, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Pengurus Penyelidikan Asia School Of Business, Tan Zhai Gen manakala wartawan bebas Kamarul Bahrin Haron bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Swee Kheng berkata, orang ramai mahu mengetahui siapa yang mengetuai di negara ini dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Iklan

"Perkara ini supaya kita dapat melaksanakan penyelesaian yang lain,” katanya.

Pendapat sama turut dipersetujui dan dikemukakan oleh Hartini yang melahirkan kekecewaannya apabila masih lagi tidak ada kesejajaran melibatkan pihak pentadbiran bagi memastikan hanya satu suara atau seorang sahaja yang benar-benar membuat kenyataan sama ada Perdana Menteri atau Menteri Kesihatan.

"Sepatutnya hanya ada seorang jurucakap, satu penyelarasan, satu set peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) agar semua orang di negara in memahami apa yang sedang berlaku. Pada masa ini, banyak suara (yang bercakap),” katanya.

Tambahnya, negara ini memerlukan struktur polisi yang lebih baik dalam menangani pandemik Covid-19.

"Dan memastikan bahawa ada langkah-langkah yang diambil untuk memastikan polisi berkenaan efektif. Pada masa ini, tidak ada,” ujarnya.