Niaga hadapan emas tidak berubah

Iklan

KONTRAK niaga hadapan emas kekal tidak mencatat sebarang dagangan pada akhir urus niaga Jumaat.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd dealer Ong Su Ling berkata, indeks penanda aras emas COMEX Amerika Syarikat (AS) sebaliknya menyaksikan dagangan lebih tinggi berikutan penyusutan kecil mata wang negara maju tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, ketidaktentuan mengenai langkah seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed) membabitkan usaha menyokong ekonomi, menyebabkan jongkong emas diniagakan dalam julat kecil,” katanya.

Pada akhir urus niaga Jumaat, kontrak-kontrak bulan semasa September 2021, Oktober 2021, November 2021 dan Disember 2021 kekal pada RM255.00 segram.

Iklan

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka juga kekal sifar.

Pada 5 petang, harga emas fizikal naik tiga sen kepada RM231.58 segram daripada RM231.55 segram pada Khamis. -Bernama

Iklan