'Arsenal mampu menang Liga Juara-Juara dua tahun lagi'

Iklan
Martin Odegaard

PEMAIN tengah Arsenal, Martin Odegaard menyasarkan untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama The Gunners dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan Arsenal ketika ini adalah kembali merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara selain membentuk pasukan mantap untuk mengharungi aksi domestik.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kami perlu bangkit untuk berada hampir di kedudukan teratas liga dan berjuang untuk dapatkan slot Eropah.

"Untuk musim ini, sudah tentu kami perlu mulakan langkah kembali ke kejuaraan Eropah. Ia amat penting kepada kami, pemain, kelab dan juga penyokong.

Iklan

"Saya berharap dengan masa yang ada untuk membentuk pasukan, kami akan menang trofi Liga Juara-Juara dan menang liga dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.

Odegaard yang direkrut daripada Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu melakukan debut keduanya bersama kelab itu ketika tewas kepada Manchester City 5-0 baru-baru ini.

Iklan

Ia menyaksikan Arsenal berada di kedudukan terbawah liga dan belum mampu menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Norway itu menaruh harapan tinggi kepada The Gunners dan akan cuba membantu kelab itu berada di kedudukan liga yang lebih baik sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

"Kelab ini perlu bangkit dan perlu bermain di kejohanan Eropah. Saya rasa semua orang setuju dengan apa yang saya katakan.

"Ia bukan sesuatu yang sering kami katakan tetapi ia seperti perkara perlu untuk kelab ini. Ia adalah standard kami," katanya.