Kerajaan wajar beri dana kepada pembangkang

Iklan
Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM - Pendanaan kerajaan kepada pembangkang wajar diberikan menerusi perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA) atas pengorbanan mereka menstabilkan kerajaan.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu untuk berlaku adil kepada pembangkang atas komitmen yang diberikan agar pergolakan politik tidak terus berlaku.

Iklan
Iklan

"Dengan kata lain pembangkang mengambil tindakan menstabilkan kerajaan yang telah tiga kali bertukar Perdana Menteri dalam penggal Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Pengorbanan kami adalah tidak bersama dalam perebutan kuasa melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya selaku ahli panel pada Forum Akta Pendanaan Politik: Kepentingan dan Cabaran yang diadakan secara maya pada malam Jumaat.

Iklan

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata demikian menyentuh mengenai tujuh tawaran kerajaan pada Jumaat untuk mewujudkan landskap politik baharu bagi melaksanakan transformasi dan tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara tawarannya itu adalah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti di Parlimen, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Iklan

Dr Dzulkefly menegaskan, Ismail Sabri perlu memberi jawapan secara terperinci tentang langkah-langkah reformasi yang perlu dibudayakan.

Katanya, salah satu perkara yang disokong adalah pembentangan Akta Anti-Lompat Parti di Parlimen.

"Ia wajib dilaksanakan kerana berlakunya pengkhianatan dalam kalangan ahli Parlimen yang melompat parti sebelum ini," katanya.