KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu.
AIM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, pelantikan Shabudin itu bagi menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia bulan lepas.