Treler langgar alat pengudaraan terowong

Iklan
Akibat perlanggaran itu alat pengudaraan tersebut jatuh dan terkena pada bahagian kontena treler itu hingga menyebabkan bahagian atasnya terkoyak dan alat pengudaraan tersebut jatuh ke atas jalan.

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan berkaitan kes kemalangan melibatkan sebuah treler melanggar alat pengudaraan di dalam terowong di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan itu pada jam 11.03 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan alat ganti penyejuk udara dari arah Air Panas Setapak menghala ke pusat bandar melalui terowong tersebut telah terlanggar alat pengudaraan (air ventilation)," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Sarifudin berkata, akibat perlanggaran itu alat pengudaraan tersebut jatuh dan terkena pada bahagian kontena treler itu hingga menyebabkan bahagian atasnya terkoyak dan alat pengudaraan tersebut jatuh ke atas jalan.

Iklan

"Kemalangan hanya mengakibatkan kerosakan pada bahagian kontena dan tidak melibatkan sebarang kenderaan lain serta kecederaan kepada pemandu," katanya.

Sarifudin memaklumkan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Iklan