AMMAN - Raja Maghribi, Raja Mohammed VI pada Jumaat melantik Aziz Akhannouch dari parti liberal RNI sebagai Perdana Menteri baharu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
RNI menang besar pada pilihan raya Parlimen pada Rabu dengan memperoleh 102 daripada 395 kerusi sementara bekas parti terbesar, Islamist PJD sekadar mendapat 13 kerusi. - Bernama