UMK mampu memimpin bidang keusahawanan di Asia

Iklan
Dr Maszlee (kiri) menandatangani plak perasmian Bangunan Canselori UMK petang tadi.

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mesti melangkah jauh dengan memimpin bidamg keusahawanan bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat Asia.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, UMK mampu berbuat demikian dengan program-program yang ditawarkan serta barisan kepimpinan baharu.

Iklan
Iklan

Untuk peringkat awal katanya, UMK boleh kembangkan bidang tersebut ke negara-negara Indo-China.

"Menjadi impian saya untuk menjadikan UMK sebagai rakan keusahawanan Kementerian Pendidikan dan saya yakin UMK juga mempunyai impian untuk melangkah lebih jauh," katanya selepas merasmikan Bangunan Canselori UMK Bachok, petang tadi.

Iklan

Turut hadir Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Dr Maszlee dalam ucapan perasmian berkata, UMK juga perlu memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi rakyat Kelantan.

Iklan

Menurutnya, institusi tersebut mampu membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan.

"Perlu beri lebih peluang kepada pelajar miskin kerana kita yakin mereka juga mampu berjaya dan membebaskan keluarga dari kelompok kemiskinan," katanya.