Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga Zaman Khan

Iklan
Foto Facebook Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, beliau berkata, Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh perkhidmatan keselamatan awam yang disegani.

Iklan
Iklan

"Selaku mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Allahyarham sangat tegas dan komited dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perkhidmatannya.

"Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan saya doakan agar tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Iklan

Zaman Khan, 80, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, di sini pada 10.15 pagi dan dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Asar.

Allahyarham antaranya pernah memegang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P Kalimuthu atau Bentong Kali.

Iklan

Zaman Khan juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997. - Bernama