Kabel telekomunikasi kendur undang kebimbangan

Iklan
Keadaan kabel telekomunikasi di hadapan rumah Azhar yang semakin mengendur.

KLANG - Seorang penduduk di Kampung Sementa, Kapar di sini meluahkan kebimbangan apabila kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di hadapan rumahnya semakin kendur.

Pemilik rumah berkenaan, Azhar Ayob, 57, berkata, dia sudah mengadu masalah itu kepada pihak berkenaan sejak empat bulan lalu, namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

Iklan
Iklan

Azhar berkata, kakitangan syarikat telekomunikasi itu hanya turun ke lokasi bagi melakukan tinjauan, namun tiada tindakan selanjutnya diambil selepas itu.

"Aduan saya seakan dipandang sepi dan seingat saya, ada dua tiga kali mereka datang, namun selepas itu terus senyap tanpa sebarang tindakan," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Azhar berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya dan menegakkan kembali dua tiang yang berada antara kabel tersebut.

Tambahnya, pelbagai urusan yang kini telah beralih secara dalam talian dibimbangi akan terganggu sekiranya masalah itu tidak ditangani segera.

Iklan

"Saya pun tidak mahu memandai-mandai betulkan kabel itu dan jika ia makin kendur, pasti kenderaan sukar untuk keluar masuk," katanya.